
Saya bukan orang yang pandai untuk menyelesaikan masalah orang lain tapi mungkin saya pernah lalui pengalaman yang sama seperti Aliya lalui mungkin ianya dapat membantu beliau pulihkan balik hubungan dia dengan kawan baik dia..
Kadang-kadang bila kita bersama dengan orang yang kita sayang pasti kita terlupa akan sesuatu yang kebiasaan yang kita lakukan.. bila masa kita banyak di habiskan bersama orang yang kita sayang dan di kelilingi rakan-rakan orang yang kita sayang itu jadinya kita akan terlupa pada orang-orang yang pernah bersama dengan kita..
mungkin kita akan rasa yang kita lebih rapat dengan mereka yang baru kita kenal hanya kerana masa kita banyak di habiskan dengan mereka.. mungkin semua cerita kita mahu berkongsi dengan mereka yang baru kita kenal sedangkan dulu kita selalu kongsi cerita dengan kawan baik kita...
"kawan yang baik tak akan tinggalkan kawannya dalam apa pun keadaan" saya percaya kawan baik aliya tuh tak pernah buang Aliya walaupun Aliya sendiri sudah berada jauh darinya.. mungkin kawan Aliya tuh tunggu Aliya datang kepadanya dan jelaskan semua keadaan...
Pada Aliya mengakui kesilapan yang di lakukan lebih baik dari melarikan diri, mungkin dengan kata maaf mampu mengembalikan semula persahabatan yang rengang... mungkin aliya boleh pergi ke tempat di mana Aliya selalu habiskan masa bersama kawan baik aliya tuh...
walaupun kita sedang bahagia jangan lah sampai kita lupakan mereka yang pernah berada di sekeliling kita tindakan itu hanya akan buat orang-orang yang berada di sekeliling kita terasa hati dengan tindakan kita... cuba luangkan masa dengan mereka jangan sesekali lupakan mereka.
baca entry "LUPA KAWAN KERANA CINTA"






