31 July 2012

Aku Sebatang Pen



Kata mak aku, aku di lahirkan dekat satu tempat yang mak aku sendiri tak tahu apa nama tempat tu. ikut cerita mak aku masa dekat tempat tu ramai spisis aku di lahirkan dengan macam-macam bentu dan rupa. tapi paling cantik mestilah aku sebab aku di lahirkan lain dari yang lain..

satu hari masa aku tengah lepak dengan kawan-kawan aku dekat satu port ni tiba-tiba kita orang kena culik dengan makhluk asing dari planet mana aku sendiri tak tahu. aku di campak dalam satu tempat yang gelap dan agak bahang. aku tak tahu mana makhluk asing tuh nak bawak aku dengan kawan-kawan.. sepanjang perjalanan aku langsung tak nampak apa-apa.. aku dah hampir lemas kerana tiada oksigen..

agak lama baru aku dapat lihat keadaan sekeliling, apa yang aku nampak sebuah rumah tak pun pasaraya ntah aku tak pasti pulak aku pasti... aku di tempatkan bersama kawan-kawan baru yang datang dari seluruh pelusuk negeri ... aku sangat gembira kerana dapat jumpa dengan kawan-kawan..

itulah kisah kehidupan aku sebatang pen yang tak berapa nak menarik sangat....