perlu ke join contest? Itu soalan yang di ajukan pada saya yang belum lagi saya membalasnya..
Kenapa saya selalu join contest yang di anjurkan oleh rakan blogger sedangkan saya tidak sehebat mana..
Kebarangkalian untuk menang contest tu memang sangat tipis itu sudah pasti, saya join contest sebab itu merupakan langkah permulaan untuk mempromosikan sesebuah blog baru. Dengan cara itu juga akan bantu kita untuk dapatkan lebih ramai kenalan..
Menang atau kalah itu pekara nombor 2 bagi saya paling penting saya sudah mencubanya..
Sama ada saya layak atau tidak bukan pembaca yang tentukan tapi pengajur contest yang akan tentukan layak atau tidak..
Ada juga yang tanya kenapa mesti ada komen saya di setiap entry atau status sesetengah blogger..
Kenapa ada saya? Boleh di katakan saya sudah lama menjadi pembaca blog mereka-mereka itu cuma saya lebih suka menjadi silent reader dan hanya akan meninggal kan komen bila rasa perlu itu di blog.. Kalau tentang status di muka buku tu pulak memang ada masanya tak akan tersengaja untuk komen, tiap kali bukak muka buku nampak status mereka tentulah saya akan tinggalkan komen..
Nama pun networking jadi harus lah ada komunikasi.. Tak kan dah add orang hanya untuk jadi simpanan atau hanya sekadar nak bagi orang nampak bilangan kawan yang kita ada. Jika itu niat nya memang tak tahu lah nak kata..
Tak saya nafikan ada yang tanya saya ada apa-apakah bila nampak komen saya yang bersepah di merata tempat.. Susah nak bagi orang faham sebenarnya, dan kalau saya jelaskan panjang-panjang pun belum tentu orang akan faham..
Rasanya tak perlu adanya pertikaian tentang semua tu kerana ada lagi benda yang lagi penting dari tu..
Update via XpressMusic






